Untuk membuat tugas bahasa indonesia yaitu mencari
karakteristik LARAS BAHASA BIDANG OLAHRAGA saya mencari refrensi dari internet
.Dengan membaca beberapa artikel yang terkait dengan laras bahasa ,akhirnya
saya dapat mengambil kesimpulan atau inti yang di maksut dengan LARAS BAHASA
.Untuk lebih jelasnya ,mari sedikit penjelasan dan contoh laras bahasa yang saya dapat dari internet berikut :
LARAS-LARAS
BAHASA
Seperti yang kita tahu,bahasa mempunyai banyak pelbagai
laras yang dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau
konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan
sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang
yang digunakan oleh sesuatu wacana.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh ciri-ciri linguistik.
Contoh: Aspek ayat (spt: ayat aktif dan ayat pasif), aspek
bunyi, dan aspek perkataan akan menghasilkan laras yang berbeza.
Berikut adalah contoh-contoh laras bahasa yang digunakan
dalam kehidupan seharian kita.
1) Laras Bahasa
Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu ,
atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Digunakan dalam iklan, tender,
laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi
dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) Slogan: Kami Ada Cara
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin
Z.
2) Laras Bahasa Akademik
- Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
- Bersifat teknikal.
- Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan tesis, penulis perlu mengikut format tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
- Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, pendebungaan dan sebagainya.
3) Laras bahasa media
- Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
- Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.
- Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah, pertama, bahasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
- Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
4) Laras
Bahasa Sastera
- Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
- Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
- Beberapa ciri bahasa sastera:
a. kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan,
pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog,
bunga-bunga bahasa dan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat:
perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi,
ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e.
terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
5) Laras Bahasa Agama
- Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
- Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
- Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
6) Laras bahasa undang-undang
Teks yang berkaitan
dengan perundangan.
Mengandungi prinsip
undang-undang dan berkait dengan akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen.
Menggunakan istilah
undang-undang dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
Makna kosa yang
digunakan berdasarkan interpretasi.
7) Laras
ekonomi
-Berbentuk ilmiah.
-Istilah-istilah
teknikal.
-Tidak mementingkan
struktur ayat.
-Bersifat formal.
-Mementingkan susunan
maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit .
Setiap fakta dapat
dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.
8) Laras bahasa sukan
-Maklumat berkait
dengan kegiatan sukan
-Bahasanya ringkas,
bersahaja dan jelas
-Menggunakan istilah
sukan dan bahasa/kosa kata yang mudah difahami